KURSUS SEHARI KAEDAH TALAQQI DI PULAU PINANG

KURSUS SEHARI KAEDAH TALAQQI
TARIKH: 13 MEI 2017 (SABTU)
MASA: 8.30AM-4.30PM
TEMPAT KURSUS:
Masjid Jamek Seberang Jaya, Jalan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.
YURAN: RM80 sepanjang kursus termasuk buku, makanan & sijil Penyertaan.
DISAMPAIKAN OLEH PENYUSUN BUKU SENDIRI – DR. SURUL SHAHBUDIN AN-NADWI AL-HAFIZ.

Klik Link berikut untuk penyertaan terus Kursus Talaqqi:
http://rehal.aztetic.my/buy/kursustalaqqi

Kursus Sehari Talaqqi Al-Quran merupakan pengenalan kepada kaedah asas mempelajari al-Quran. Kaedah Talaqqi menekankan aspek sebutan huruf dan asas tajwid al-Quran. Kursus ini adalah untuk Dewasa shj (18 ke atas) dan sesuai dihadiri oleh sesiapa shj samada mereka yang baru mahu mengenal al-Quran, mahasiswa, ibubapa, imam atau guru yang terlibat dalam pengajaran al-Quran.

Kursus ini menggunakan buku TALAQQI dan disampaikan oleh penulis sendiri. Kursus Sehari Talaqqi akan membuka jalan bagi penyertaan ke peringkat berikutnya iaitu:
Kursus Lengkap Ilmu Tajwid bagi mereka yang mahu mendalami teori ilmu tajwid atau peringkat Talaqqi Bersanad bagi mereka yang mahu mengkhatamkan al-Quran dengan bacaan bertajwid dan memperolehi sanad bacaan hingga kpd Nabi saw.
Selain itu peserta yang telah menyertai kursus sehari ini layak untuk membuka Kelas Talaqqi al-Quran mereka sendiri dibawah Rangkaian Kelas-kelas Talaqqi al-Quran, Rehal Resources.

KEISTIMEWAAN BUKU TALAQQI:-
1. PANDUAN MENGENAL HURUF BAGI YANG LANGSUNG TIDAK TAHU
Buku ini disusun supaya bersesuaian bagi mereka yang baru berjinak untuk belajar membaca al-Quran samada dewasa apatah lagi kanak-kanak. Buku ini juga sesuai dipelajari bagi mengetahui asas-asas tajwid yang menjurus terus kepada praktikal bacaan.
2. PENEKANAN CARA SEBUTAN HURUF (MAKHRAJ) YANG BETUL
Menekankan cara sebutan (makhraj) huruf dari awal peringkat mengenal huruf lagi. Ini bermakna disamping murid diajar mengenal huruf, murid perlu ditekankan aspek sebutan (makhraj) huruf sejak dari permulaan.
3. PENERAPAN HUKUM TAJWID SECARA PRAKTIKAL
Hukum-hukum bacaan yang perlu ditekankan ialah: sebutan (makhraj) huruf, sebutan tebal/tipis, bacaan panjang/pendek dan bacaan dengung/jelas. Oleh itu ilmu Tajwid akan dijuruskan terus kepada praktikal bacaan tanpa menghafalkan nama-nama hukumnya.
4. BERTEPATAN DENGAN RESAM UTHMANI
Alhamdulillah buku ini telah disusun bertepatan dengan penulisan al-Quran Resam Uthmani. Hukum-hukum Tajwidnya pula telah disusun bersesuaian dengan Riwayat Hafs ‘an ‘Asim melalui aliran asy-Syatibiyyah.

Penyertaan tanpa borang boleh dibuat dengan mengikuti langkah berikut:
1.Bank in di akaun:
CIMB: 8600539203 REHAL SURUR RESOURCES
2.WHATSAPP slip ke 0163302019 atau EMEL slip bank in rehalresources@gmail.com dengan menyatakan:
– NAMA PENUH:
– NO. HP:
– EMAIL:
– TUJUAN:KURSUS SEHARI TALAQQI
– JUMLAH RM:

www.rehalresources.com

0163302019

penang_2017 copy

Comments are closed.