BUKU DR SURUL (TAJWID & TALAQQI)

Rehal Resources  ➔
 

1. Perbahasan Ilmu TAJWID menurut Hafs 'ain 'Asim

• Cetakan 2023

• Penerbit: Kelas Bimbangan Rehal, Kota Damansara

• Binding: kulit tebal

• Halaman: 366 (Tulisan Melayu & Arab)

 

RM40.00

Bab-bab dalam buku ini meliputi 14 topik utama dan puluhan sub topik antaranya: Sejarah Penulisaan Ilmu Tajwid dan Qiraat, Pengenalan kepada Qiraat, Riwayat dan Toriq, Tokoh-Tokoh Utama Ilmu Tajwid. Pengenalan kepada Rasm Uthmani. Pengenalan IlmuTajwid, Hukum Nun Sakinah, Mim Sakinah, Ghunnah, Perbahasan Mad-mad Asli, Mad-mad Far`ie yang disebabkan Hamzah, Mad-mad Far`ie yang disebabkan Sukun, Makhraj, Sifat, Tarqiq, Tafkhim, Mutamathilan, Mutaqariban, Mutajanithan, Hamzah Wasal, Waqaf, Ibtida' dan 20 perkara khusus riwayat Hafs 'an 'Asim.

 

Buku "Perbahasan Ilmu Tajwid" susunan Ust./Dr. Surul al-Nadwi ini telah melalui beberapa fasa kemas kini. Buku ini mula diterbitkan oleh Pustaka Salam dengan cetakan sulungnya pada 2004 dengan Jilid 1, diikuti Jilid 2 diterbitkan pada tahun 2005. Pada tahun 2007 kedua-dua jilid ini dicantumkan menjadi sebuah buku setebal 342 mukasurat dengan kulit tipis  (soft cover) juga seperti cetakan sebelumnya.  Setelah mendapat sambutan pasaran, Dr. Surul memutuskan untuk menerbitkan buku ini dengan kulit tebal (hard cover) bermula cetakan ulangan tahun 2009 hingga 2015. Pada tahun 2016, Dr. Surul telah memutuskan untuk memberi nafas baru kepada buku ini dengan beberapa perubahan. Kulitnya kini diubah suai dan diletakkan gambar penulisnya di belakang yg selama ini tidak dipaparkan. Mukasuratnya bertambah sedikit dari yg sebelumnya dari 342 kepada 366 dengan pembetulan, penambahan dan perubahan yang dibuat pada isi kandungan dan bibliografi (tanpa merubah isi kandungan utama buku). 

 

Sehingga cetakan semakan 2021 ini, buku ini telah diulang cetak melebihi 70,000 naskah edaran.

 

2. Buku TALAQQI Asas Sebutan Huruf al-Quran

• Cetakan 2023

• Penerbit: Kelas Bimbangan Rehal, Kota Damansara

• Binding: kulit nipis

• Halaman: 96 (Tulisan Melayu & Arab)

 

RM15.00

BUKU TALAQQI adalah tulisan Dr.Surul al-Hafiz menepati ciri-ciri berikut:

 

1. Buku ini disusun supaya bersesuaian bagi mereka yang baru berjinak untuk belajar membaca al-Quran samada dewasa apatah lagi kanak-kanak. Buku ini juga sesuai dipelajari bagi mengetahui asas-asas tajwid yang menjurus terus kepada praktikal bacaan.

 

2. Menekankan cara sebutan (makhraj) huruf dari awal peringkat mengenal huruf lagi. Ini bermakna disamping murid diajar mengenal huruf, murid perlu ditekankan aspek sebutan (makhraj) huruf sejak dari permulaan.

 

3. Hukum-hukum bacaan yang perlu ditekankan ialah: sebutan (makhraj) huruf, sebutan tebal/tipis, bacaan panjang/pendek dan bacaan dengung/jelas. Oleh itu ilmu Tajwid akan dijuruskan terus kepada praktikal bacaan tanpa menghafalkan nama-nama hukumnya.

 

4. Buku ini telah disusun bertepatan dengan penulisan al-Quran Resam Uthmani. Hukum-hukum Tajwidnya pula telah disusun bersesuaian dengan Riwayat Hafs ‘an ‘Asim melalui aliran asy-Syatibiyyah.

 

3. Buku Teknik HAFAZAN Juz 'Amma

• Cetakan 2019

• Penerbit: Kelas Bimbangan Rehal, Kota Damansara

• Binding: kulit nipis

• Halaman: 112 (Tulisan Melayu & Arab)

 

RM15.00

Dipersembahkan khas untuk mereka yang baru mahu menghafaz al-Quran dengan kaedah yang mudah dan cepat. Sesuai untuk semua kalangan umur.

 

Kaedah yang diguna pakai dalam buku ini adalah hasil pengalaman pengajaran guru-guru di Kelas Bimbingan Rehal, Kota Damansara dan Sekolah Rendah Huffaz, Saujana Utama dalam mendidik murid menghafaz al-Quran.

 

4. Buku Tunas Muslim (Jawi)

• Cetakan 2013

• Penerbit: Kelas Bimbangan Rehal, Kota Damansara

• Binding: kulit nipis

• Halaman: 146 (Tulisan Jawi & Arab)

 

RM20.00

Sebuah buku ringkas bagi pembelajaran Ibadah dan Fardhu Ain. Buku ini dihasilkan menerusi pengalaman bertahun-tahun tenaga pengajardi Kelas Bimbingan Rehal dalam pengajaran Ibadah dan Fardhu Ain.

 

Mempunyai 5 topik utama dan lebih 20 sub topik antaranya adalah:

Bab Air, Hadas, Azan, Solat, dan juga puasa.

Penulis:

Dr Surul Shahbudin Hassan.

 

No. 4 Jalan Camar 4/3, Seksyen 4,

47810 Kota Damansara Selangor

 

Tel:  0374940694 (waktu pejabat)

Whatsapp: DR. SURUL

Web: rehalresources.com

Pembayaran melalui QR hubungi Dr. Surul.


I'm 

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
COMBO DR SURUL {1Tajwid, 1Talaqqi, 1Hafazan+1Ibadah} courier Semenanjung Malaysia
BUKU ILMU TAJWID (RM40 senaskah courier Semenanjung Malaysia)
BUKU ILMU TAJWID (RM30 bagi 5-19 naskah dgn Courier Semenanjung)
BUKU ILMU TAJWID (RM26.50 bagi 20-99 naskah dgn Courier Semenanjung)
BUKU ILMU TAJWID (RM26 seunit 100 naskah ke atas Pos Biasa Semenanjung)
BUKU TALAQQI RM15 + Rm3 courier Semenanjung Malaysia
BUKU TALAQQI (RM11 bagi 4-99 naskah Parcel Biasa Semenanjung)
BUKU TALAQQI (RM9 bagi 100-199 naskah Parcel Biasa Semenanjung)
BUKU TALAQQI (RM8 bagi 200 naskah ke atas Parcel Biasa Semenanjung)
COMBO DR SURUL {1Tajwid, 1Talaqqi, 1Hafazan+1Ibadah} courier Sabah & Sarawak.
BUKU ILMU TAJWID (RM50 senaskah termasuk Courier SABAH/SARAWAK)
BUKU ILMU TAJWID (RM32.50 bagi 20-100 naskah Pos Udara Sabah/Sarawak)
BUKU TALAQQI RM15 + Rm10 courier SABAH/SARAWAK
BUKU TALAQQI (RM12.50 bagi 10-200 naskah Parcel Udara SABAH/SARAWAK)
Tajwid books (RM40 X 20 pcs) for SINGAPORE with a parcel courier.
TALAQQI books (RM15 X 50pcs) for SINGAPORE with a parcel courier.
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


Maklumat Peniaga

Rehal Surur Resources
rehalresources@gmail.com
+60166602072