SRII HUFFAZ, Saujana Utama & SRI REHAL, Kota Damansara adalah sekolah rendah harian beraliran tahfiz yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sistem pembelajaran yang diterapkan adalah selari dengan pendidikan kebangsaan KPM dan sebagai nilai tambah SRH menerapkan hafazan al-Quran dan akhlak keperibadian muslim kepada murid-muridnya. Yuran persekolahan pada dasarnya tidak mencukupi untuk menampung kos pengurusan dan penyelenggaraan sekolah. Oleh itu pihak sekolah perlu mencari dana tambahan bagi melancarkan operasi kami.
SRI REHAL dan SRII HUFFAZ adalah Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) yg sah bagi mengutip zakat di Selangor. Resit yang dikeluarkan adalah resit berkomputer LZS yang sah digunakan utk tujuan rebet cukai LHDN dan SSM. Semua jenis zakat boleh dibayar melalui SRII HUFFAZ dgn sebahagian daripadanya akan diagihkan semula utk pembangunan sekolah dan sebahagian lagi diserahkan kpd LZS.
KADAR ZAKAT 2025 FITRAH DI SELANGOR KEKAL RM7, RM15 dan RM22.
Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan untuk umat Islam di negeri Selangor pada tahun 2025M/1446H adalah RM7 seorang, Penentuan kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan kepada harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A seberat satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.7kg.
Namun begitu bagi golongan yang berkemampuan, boleh memilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri dan tanggungan. Kadar zakat fitrah tersebut adalah sebanyak RM15.00 seorangbagi beras yang bernilai RM13.00 hingga RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg) dan RM22.00 seorangbagi beras yang bernilai melebihi RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg). Walau bagaimanapun, kadar bayaran zakat fitrah melebihi RM7.00 adalah sebagai galakan sahaja dan tiada paksaan kepada pengeluar zakat di Selangor. Sehubungan itu, bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah.
"Semoga Allah SWT akan menganugerahkan ganjaran pada apa yang engkau berikan dan semoga Allah SWT akan memberkati apa-apa yang ada pada engkau dan semoga pemberianmu itu merupakan penyucian dan pembersihan terhadap dirimu".
Kadar nisab zakat harta bagi tempoh Januari hingga Jun tahun 2025 untuk rujukan dan kegunaan umat Islam di negeri Selangor ialah sebanyak RM29,961.00. Maka kiraan zakat wang Simpanan, Emas atau seumpananya adalah dgn 2.5%. Ini bermaksud jika anda mempunyai simpanan/emas/perak/harta terkumpul dari semua sumber harta anda sebanyak yg tidak terusik selama setahun, maka wajib ditunaikan zakatnya.
Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta seseorang. Ini bermaksud jika anda mempunyai simpanan/emas/perak harta terkumpul dari semua sumber harta anda sebanyak yg tidak terusik selama setahun, maka wajib ditunaikan zakatnya.
* Kadar nisab zakat harta bagi tempoh Julai hingga Disember tahun 2024 untuk rujukan dan kegunaan umat Islam di negeri Selangor ialah sebanyak RM29,961.00. (berkuatkuasa mulai 1 Jan 2025). • Contohnya anda ada Rm30,000 dalam harta/emas anda maka bayaran zakatnya adalah 2.5% iaitu = Rm750 shj.
Berdasarkan Nisab Julai-Disember 2024 iaitu RM29,961.00 maka kiraan zakat Emas atau Kwsp adalah dgn 2.5%. • Contohnya anda ada Rm30k utk Kwsp maka hanya 2.5% yg perlu dikeluarkan zakatnya iaitu = Rm750 shj.
Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham dengan kadar 2.5%. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Al-Baqarah : 267)
Minima nilai nisab emas ialah 85gram, maknanya bagi yang menyimpan gold bar 999 atau emas perhiasan 916 dalam setahun maka wajib zakat keatasnya. Sebagai contoh, sekiranya jumlah simpanan emas dalam tempoh setahun ialah 100 gram:
= Berat emas x Harga Emas semasa x 2.5% Kadar Zakat = 100 gram x RM500 (contoh) x 2.5% = RM1250.00 shj.
Prinsip umum firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat [2]: 267 (yang bermaksud): …dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
Firman Allah SWT yang bermaksud: …dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya[Surah Al-An?am (6): 141].
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%), tanpa membezakan tanaman asasi mahupun yang bukan.
TUNAI ZAKAT DGN RESIT LZS MELALUI SRII HUFFAZ Saujana Utama dan SRI REHAL Kota Damansara.
• Setiap zakat yang ditunaikan melalui kami dan dibahagi 50% kpd LZS dan 50% kpd Huffaz.
• Zakat LZS yang ditunaikan melalui kami akan digunakan pihak Sekolah bagi:
- Pembangunan dan naik taraf. - Pembelian Peralatan dan Keperluan. - Pengoperasian sekolah. - Bantuan persekolahan murid fakir miskin - Penduduk sekitar yang amat memerlukan.
Ibu pejabat:
Sek Ren Islam Integrasi Huffaz 54G, Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama 3 47000 Sungai Buloh, Selangor.
• Resit yang dikeluarkan boleh mendapat rebat 100% cukai LHDN seluruh Malaysia. • Kami juga boleh membantu anda membuat kiraan zakat anda InsyaAllah.
Makluman:
*PEMBAYARAN ZAKAT melalui Virtual Akaun Maybank Islamic (550511400496) Lembaga Zakat Selangor adalah utk tujuan bayaran zakat sahaja. *Manakala bayaran-bayaran lain seperti FIDYAH / SEDEKAH / DERMA / WAKAF & YURAN SEKOLAH perlu menggunakan toyyibpay, terimakasih.